MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SIAPA 'MUSANG BERBULU AYAM'!!

Sebelum terciptanya internet, salah satu senjata yang berbisa dalam sebarang kemelut politik dunia di mana-mana negara sekalipun ialah penggunaan artikel  songsang di akhbar-akhbar, melalui telex dan faks dan juga melalui iklan yang ditaja ketika diadakan penganjuran perhimpunan ramai. Perhimpunan ramai itu selalunya berbentuk suka ria ataupun demonstrasi aman.  

Di negara yang sedang membangun seperti di Afrika dan beberapa negara di Asia, 'sermons' dan juga khutbah digunakan sebagai forum yang sesuai bagi tujuan ini.  Selalunya, khutbah dan forum ini diperbesarkan lagi pengaruhnya dengan mencetaknya pula di akhbar pilihan yang memang ditaja oleh penganjurnya.

Amerika sebagai 'The Global Policeman' memang memainkan banyak peranan dalam segala rupa-bentuk aktiviti ini. Kekuatan Amerika itu terletak pada beberapa aspek penggunaan infrastruktur pengurusan (management infrastructure) yang tidak mudah diperdapatkan oleh segelintir kumpulan melainkan kumpulan itu berupa institusi kerajaan yang memerintah.  

Infrastruktur pengurusan ini boleh didapati dalam bentuk kemudahan berkomunikasi seperti stesen radio dan segala alat transmitternya. Kerana itu Amerika ada "Voice of America", ada 'The  Christian Science Monitor', 'Radio Marati ' (dalam Bahasa Sepanyol) dan beberapa  jenis majallah dalam Bahasa Inggeris seperti 'The Truth' dan sebagainya. Terdapat juga beberapa bentuk institusi sokongan seperti yang dilakukan oleh The American Express, The Citybank, The Lincoln Center, Kiwanis, Rotary, The Lion Club, The Freemason  dan banyak lagi yang namanya eloklah dipendamkan sahaja ketika ini.

Penggunaan Perisik Khas Sebagai Talibarut

Selain daripada itu wujudnya perisik khas dikenal sebagai The Active SpyThe Passive Spy dan The sleeping Spy. Di antara ketiga-tiga jenis tali barut itu yang nombor tiga itu amat susah untuk dikesan kerana ia lama memeram bakatnya sehinggalah ia diarahkan untuk bertugas. Dengan lain perkataan, tugas seorang 'sleeping spy' adalah laksana satu suis di dinding. Ia hanya menyalakan lampu apabila dipetik.

Untuk Mengkucar-kacirkan Keadaan

Samada disedari ataupun tidak, kerajaan BN menggunakan formula yang sama dalam menangani pergolakan politik di negara ini. Justeru itu tidak hairanlah wujudnya isu yang digembar-gemburkan sebagaimana yang terjadi dalam dakwaan 'krisis dalaman PKN' beberapa hari lalu.

Justeru perkembangan dan kemajuan serta sokongan rakyat terhadap pembangkang kian memuncak BN mesti mengekang perkembangan ini laksana mengekang kuda daripada melonjak terlalu jauh daripada kawannya. Ini adalah muslihat politik BN yang nyata mengeksploit setiap isu termasuk ajaran agama Islam yang suci. Krisis sokongan yang merudum dalam UMNo terutamanya adalah satu faktor yang merunsingkan kepimpinan BN hari ini. Apatah lagi apabila rakyat mulai menyedari tembelang mereka.

Kaedah Pengekangan Yang Sungguh Efektif

Untuk sekian lama taktik pengekangan yang difikirkan efektif ialah dengan membuatkan kerajaan Malaysia berbelanja besar dengan rakusnya. Ini telah dilakukan oleh Mahathir dengan daya usaha Daim.  Daim yang diam sebenarnya sudah diperangkap oleh para perisik Peranchis yang lebih terkenal dengan panggil 'Le Piscine' (yang bermaksud kolam renang). 

Ketika Daim mula bertapak dalam dunia komersial dia telah diajak ke Paris untuk berbincang. Tanpa disedarinya dia telah melakukan beberapa kerja maksiat dengan beberapa perempuan Peranchis dalam satu masa. Semua aksi itu telah digambarkan dengan jelasnya. Daim terjebak di situ dan terpaksa akur dengan usaha Peranchis untuk mendapatkan Bank of Paris (Paribas Bank) yang kemudiannya dijual kepada MCA dan bertukar nama sebagai Multipurpose Bank. 

Kepintaran perisik Peranchis bukan berakhir di situ sahaja. Marina Mahathir pun terjebak sama dengan disondol oleh seorang di bidang perhotelan. Apa yang jadi akhirnya ? Mahathir terpaksa masuk campur dan memberikan ruang luas kepada Peranchis sehinggakan kini Peranchis mendapat peluang yang lebih mulia dan lumayan daripada Kerajaan British.  

Peranchis akhirnya berjaya mengawal pembabitan Malaysia di seluruh 'Francophone countries' di dunia ini.  Kemuncaknya, Peranchis berjaya mendapatkan kontrak lumayan untuk melancarkan satellite Malaysia di French Guiana. Terbeliak mata Amerika, Spanyol, German, British, China dan Russia.

Reaksi yang spontan dilaksanakan dengan menggerakkan The Passive Spy dan The Sleeping Spy. 'The Passive Spy' sebenarnya memang banyak didapati di kalangan ahli UMNO dan juga ahli keluarga pegawai PTD, terutama sekali para diplomat kelas bawahan yang lama bertugas di luar negara. Terdapat juga beberapa kerat insan yang datangnya daripada golongan istana dan juga para keluarga Mahathir. Bahkan juga para keluarga kroni dan sahabat rapat. Mereka inilah yang amat rapat dengan diktator itu dan berjaya mempengaruhinya sehinggakan dia amat percaya kepada mereka. Sedangkan hakikatnya, para passive spies ini menerima arahan cukup galak melalui majlis keraian, majlis ke gereja secara mingguan dan majlis hari jadi dan perkahwinan. Yang paling mudah arahan datang ketika bermain golf, jet ski di persisiran pantai dan ketika bersantai.  Cukup dulu dengan aktiviti yang jelas ini.

Teknologi Yang Semakin Canggih

Malaysia adalah negara pertama di mana kerja kerja perisikan dilakukan melalui internet. Medium yang paling aktif dan menarik minat ialah Laman Pro-reformasi dan Laman Forum seperti FGR, Sarawak Today, Malaysiakini dan sebagainya. Perhatikanlah betapa Laman FGR itu dikendalikan oleh satu kuasa ghaib yang mungkin PW sendiri tidak sedar. Setiap kali ada sesuatu isu yang sensitif terhadap UMNO dikeluarkan, ada saja seseorang yang mencetuskan satu isu baru untuk mengalihkan pandangan peserta Forum itu.  

Ini bererti memang ada saja seorang jembalang yang membuat 'diversion' untuk melunturkan sesuatu isu yang terpapar di FGR itu. Contoh yang baik ialah isu Sanusi Junid di KLIA.

Segala taktik yang dilakukan oleh kuasa besar terhadap Malaysia memang ditiru pula oleh Diktator Mahathir terhadap rakyatnya. Inilah juga taktik yang digunakan oleh UMNO terhadap parti pembangkang. Kerana itu, segala jenis media yang dikendalikan oleh pembangkang mesti dikekang. Segala bentuk alat propaganda yang boleh digunakan untuk melawan propaganda UMNO mesti diharamkan. Demonstrasi aman mesti diharamkan. Setiap individu yang berpotensi untuk menggugat kekuasaan Mahathir mesti dihenyak sampai mereka tidak bernyawa. 

Untuk mengendalikan semua ini Mahathir perlu mengambil pakar daripada 'Mossad' yang mempunyai pasport dan nama American untuk bertugas dengannya. Kalau kita tanya orang American ini akan asal usul mereka jawapan yang diberikan ialah "Oh, I am from Nevada, Oregon...dan sebagainya. " Ini adalah satu password sebenarnya.

Demikianlah caranya Mahathir dikawal oleh kuasa besar. Dia dikawal bukan sahaja oleh Amerika malahan oleh negara barat yang lain. Di sebalik semua itu Mahathir memang diawasi gerak-gerinya  oleh kumpulan haram Chinese Triad yang berpusat di Hong Kong dan San Francisco.  Mereka berjaya menembusi pasukan keselamatan itu dengan meletakkan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Kerja UMNO.

Taktik Baru Muncul Kini

Diktator Mahathir adalah dalam keadaan laksana seekor cacing yang kepanasan. Dia menggelabah. Hidupnya resah gelisah kerana tidak mampu meletakkan salah seorang anak kesayangannya di mercu tanda kepimpinan UMNO. Ini adalah tugas Daim. Kerana itu, bila Marina mengahwini seorang Jawa Hindu, Daim berbelanja besar untuk menaja majlis berinai dan Tepung Tawar di rumah Toh Puan Mahani Idris.  Dengan cara itu Daim boleh mengawal Hasmah dan Mahathir melalui anak sulung mereka.

Mahathir memang mahukan kuasa berterusan kerana itu dia terus memberikan mandat kepada belaci yang memang terjamin kesetiaan membuta tuli mereka. Tetapi, Allah maha berkuasa. Apa yang dilakukan oleh Sanusi Joned adalah di luar jangkaan Mahathir seperti juga apa yang dilakukan oleh Adnan UMNO di Sanggang. Perkara aib ini berlaku di ambang sesuatu majlis besar. Esok lusa akan berlaku beberapa kejadian yang mengaibkan lagi, Insya-Allah. Lihat sahaja apa yang terjadi di Pusat Serenti Rawang apabila rusuhan besar berlaku. Mereka digerakkan oleh isyarat yang datang dari langit.  Inilah yang merunsingkan diktator tua dan nyanyok itu.

Taktik terbaru Mahathir kini ialah dengan menonjolkan Abdullah Ahmad ex Tiga Abdul untuk memainkan peranan yang sekian lama dilakukan oleh Sanusi Joned. Cuba baca tulisan Abdullah di Utusan Malaysia. Sesat dan menyesatkan. Songsang sesongsangnya.  Inilah taktik paling baru dan akan digunakan sebagai pelancar roket X2000..

Apa yang dilakukan oleh diktator Mahathir  ialah menggunakan kembali semua Laman Pro-reformasi untuk mengganyang minda orang Melayu. Contoh yang terbaik ialah surat Ariffinjaka@nawal.com untuk para reformis berdemonstrasi. 

Kita harus berwaspada, kita semakin berjaya kerana kita selalu berwaspada. Tetapi, kita amat gusar dengan adanya beberapa kerat 'The Sleeping Spy' dan 'The Passive Spy' yang sudah pun dikenal pasti sebagai duri dalam daging perjuangan orang Melayu berjihad. Beberapa insan ini adalah nama besar yang mungkin dipercayai oleh Wan Azizah dan juga Anwar Ibrahim. Kita tidak boleh berbuat apa-apa dalam hal ini. Cuma kita perlu berwaspada dan terus berhati-hati. Kita harus berselindung dibalik ketaqwaan  agar perjuangan kita sentiasa direstui Allah SWT.

Kemang Suasa

 counter.bloke.com